Kebakaran bangunan di Johannesburg. Foto X

JOHANNESBURG – Angka kematian akibat kebakaran bangunan di pusat bandar Johannesburg, Afrika Selatan, meningkat kepada 73 orang termasuk tujuh kanak-kanak.

“Jumlah kematian terus meningkat ketika operasi mencari diteruskan di bangunan lima tingkat yang dijilat api awal tadi.

Mangsa yang cedera dilaporkan berjumlah 52 orang,” kata jurucakap untuk Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Bandar Johannesburg.

Bangunan itu dilaporkan terbakar kira-kira jam 1.30 pagi, waktu tempatan.

Pada masa ini pasukan mencari dan penyelamat masih meneruskan usaha mengesan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam serpihan bangunan berkenaan.

Bangunan itu telah dijadikan penempatan tidak rasmi dengan anggaran lebih 80 bilik-bilik kecil.

Api merebak dengan cepat kerana penggunaan bahan mudah terbakar seperti papan yang digunakan untuk membahagikan bilik-bilik. – Agensi