KUALA LUMPUR – Semangat mencintai tanah air perlu diterapkan dan dihayati oleh semua pihak tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dengan memupuk semangat tersebut, kita akan semakin menghargai setiap titik peluh para pejuang terdahulu yang berkorban untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.
“Walaupun sudah 66 tahun kita sudah Merdeka, rakyat tidak boleh terlalu selesa sehingga tidak mengambil peduli akan keadaan semasa negara dan apakah ancaman daripada dalam negara atau luar negara yang cuba menganggu gugat keamanan Malaysia yang tercinta.
“Marilah sama-sama berganding bahu memelihara kedaulatan negara dan mengisi erti kemerdekaan yang sebenar dalam kehidupan seharian kita,” tulis di Facebook miliknya di sini. – MalaysiaGazette