Onn Hafiz hadir sempena sambutan Hari Merdeka peringkat Negeri Johor di Simpang Renggam pagi tadi.

KLUANG- Lebih 5,000 pengunjung menghadiri dan memeriahkan majlis perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Johor, yang julung kalinya diadakan di Simpang Renggam, pagi tadi.

Sambutan kemerdekaan peringkat negeri Johor itu diadakan di Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam turut disertai oleh 118 kontinjen yang melibatkan seramai 5,000 orang.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima lintas hormat perarakan yang didahului oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengunjung mula membanjiri lokasi seawal pukul 6.30 pagi bagi melihat perakaran yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan badan beruniform, sekolah dan istitusi pendidikan tinggi dan juga pelbagai jentera dan kenderaan.

Majlis Hari Kebangsaan itu, menyaksikan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor menjadi juara keseluruhan perbarisan dan perarakan serta turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.-MalaysiaGazette