Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim (tengah) bersama Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid (kiri) dan Ketua Pemimpin Masyarakat Bukit Gelugor Datuk Omar Fauza (kanan) ketika pelancaran Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka.

Karnival tersebut merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN untuk menerapkan nilai kemerdekaan melalui kebebasan kewangan dalam kalangan masyarakat dengan perancangan kewangan yang baik dan merdeka daripada hutang.

“Penganjuran Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN diadakan secara on-ground event merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN bertujuan menghayati dan meraikan Bulan Kebangsaan,” kata PTPTN menerusi kenyataan.

PTPTN berkata, pelbagai aktiviti menarik pada karnival berkenaan yang turut disertai oleh ibu bapa dan anak-anak untuk meningkatkan kesedaran penabungan.

Antaranya adalah Pertandingan Mewarna Merdeka x Simpan SSPN; Pertandingan Puzzle Simpan SSPN; Pertandingan Pakaian Beragam dan banyak lagi.

“Selain itu, PTPTN turut mengadakan pocket talk tentang kebebasan kewangan serta acara sukan rakyat yang bertujuan mengeratkan hubungan dan mendekati masyarakat setempat,” tambah PTPTN.

Terdahulu, karnival berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN Datuk Norlisa Abdul Rahim di Dewan Korperasi Sungai Gelugor, Pulau Pinang.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan Hooi Peng.

Karnival ini mendapat kerjasama rakan strategik melalui pembukaan booth promosi dan jualan seperti Jualan Agro Madani dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Pulau Pinang, KPJ Penang Specialist Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Pulau Pinang, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bayan Baru, Women Institution, ERAvengers, Pertubuhan Alumni Mahasiswa Pulau Pinang (AMPP) dan Pertubuhan Sejahtera Anak Malaysia (PERSAMA).

Dalam majlis yang sama, PTPTN turut menyumbangkan bakul makanan kepada 30 orang penerima.

Sementara itu, Kayuhan Semarak Kasih Merdeka PTPTN 2023 turut diadakan serentak. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast