Ahli Perniagaan, M Kandapan bersama ahli keluarganya menzahirkan Semangat patriotisme dengan menghias kenderaan dan pintu pagar rumahnya dengan ribuan Jalur Gemilang bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Seri Alam, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 31 OGOS 2023.

PASIR GUDANG – Sejak 20 tahun lalu, M Kandapan, 63, tidak pernah ketinggalan untuk menyambut bulan kebangsaan dan pra ulang tahun kemerdekaan tanah air dengan cara tersendiri.

Berkongsi inisiatif  tersendirinya itu, Kandapan yang tinggal di Bandar Seri Alam di Masai di sini berkata, pada awalnya dia hanya hanya mampu memasang dua atau tiga bendera di rumah keluarganya itu.

Namun kini kira-kira 5,000 bendera termasuk wajah pemimpin utama negara menghiasi kediamannya.

Tidak cukup dengan itu, datuk kepada tujuh orang cucu ini turut menghiasi dua kenderaannya dengan tema kemerdekaan.

“Ini tahun Perdana Menteri kita yang ke-10, jadi  tukar gambar perdana menteri dengan Menteri Besar Johor tetapi  gambar wajah Agong dan perdana menteri saya lekat pada kereta saya,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika ditemui dikediamanya di Seri Alam hari ini.

Gelagat ahli keluarga , M Kandapan menzahirkan Semangat patriotisme dengan menghias kenderaan dan pintu pagar rumahnya dengan ribuan Jalur Gemilang bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Seri Alam, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 31 OGOS 2023.

Pada Kandapan, pemasangan Jalur Gemilang  berukuran 4.2 meter dan kibaran beribu bendera di sekeliling kediaman merupakan bukti semangat patriotik seorang rakyat terhadap tanah air dicintainya.

Katanya, bulan Ogos adalah peluang untuknya menzahirkan rasa sayang kepada negara Malaysia yang tercinta.

Malah dia gembira kerana beberapa rakannya, selain cucu-cucunya  turut mencontohinya dengan memasang bendera di rumah dan menghiasi kereta dengan Jalur Gemilang.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menunjukkan semangat cintakan negara. Kita meriahkan sambutan merdeka, apatah lagi Hari Kebangsaan ke-66.

“Dengan pendekatan ini, kita menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada generasi muda,” ujarnya.

Jelas Kandapan lagi, selain memasang Jalur Gemilang, menjadi kebiasaan beliau dan rakan-rakannya akan berkonvoi dan berhenti ke destinasi tertentu bagi tujuan mengedarkan ratusan bendera kecil secara percuma.

Katanya lagi, sehingga kini dia sudah membelanjakan kira-kira RM100,000 bagi menyambut Hari Kebangsaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast