KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riíayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendoakan agar penyampai slot berita Nightline terbitan TV3, Raymond Goh diberikan kesembuhan.
Titah berkenaan dikongsikan menerusi Instagram Istana Negara, hari ini.
“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mendoakan agar Raymond Goh, penyampai berita TV3 Nightline, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera,” titahnya.
Beliau dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. -MalaysiaGazette