KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan dibayar kepada pekebun-pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mulai 1 hingga 30 September ini berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Ogos 2023.
Lembaga Getah Malaysia berkata, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM2.70 sekilogram ke bawah.
Menurutya, pada Ogos 2023, purata harga di peringkat ladang untuk getah cuplump ialah RM2.30 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia, RM1.95 sekilogram untuk Sabah dan RM2.10 sekilogram untuk Sarawak.
IPG getah cuplump dan lateks teraktif bagi Ogos 2023 di Semenanjung Malaysia ialah 40 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 80 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Di Sabah, kadarnya ialah 75 sen sekilogram bagi 50 peratus DRC dan RM1.50 sekilogram bagi 100 peratus KGK dan Sarawak kadarnya ialah 60 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan RM1.20 sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Manakala, kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Peningkatan paras harga pengaktifan (PHP) yang baharu merupakan inisiatif kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2023. – MalaysiaGazette