Kredit: APMM Selangor

SHAH ALAM – Mayat lelaki dipercayai kru kapal warga Filipina yang dilaporkan jatuh ke dalam laut Rabu lepas, ditemukan dalam keadaan terapung di sekitar perairan Pulau Tengah, pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata bot Penggalang 10 yang sedang dalam Op Carilamat menemukan mayat mangsa pada 9.26 pagi.

Beliau berkata mayat tersebut dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin Pulau Indah untuk proses pengecaman oleh agen kapal Eco Galaxy, sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast