menghendap banduan hukuman mati bunuh diri Azalina jawatan
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berharap Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia diharapkan dapat dibentangkan di Parlimen pada bulan depan.

Oleh itu, beliau terbuka untuk menerima cadangan daripada pertubuhan hak kanak-kanak dan masyarakat sivil untuk draf RUU tersebut.

Menerusi kenyataan di Facebook beliau, Azalina berkata, cadangan berkenaan menggambarkan bagaimana mereka menyokong usaha perundangan kerajaan, sejajar dengan pendekatan “semua masyarakat”.

“Perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama di kalangan rakyat Malaysia, melangkaui kerajaan. Kita mesti mewujudkan integriti nasional dengan memperjuangkan hak setiap kanak-kanak,” tambahnya.

Jelasnya, Kerajaan Pusat komited untuk menegakkan hak kanak-kanak dan mengiktiraf kepentingan ketelusan dan badan pengawasan bebas seperti Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC).

Bahkan, beliau sudah bertemu dengan pihak berkepentingan termasuk berbincang dengan OCC di luar negara. – MalaysiaGazette