Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon

SEGAMAT – Remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan enam ahli keluarganya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, semalam, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon turut menafikan laporan sebuah akhbar yang mangsa, Abdullah Amir Ruddin, 15, telah meninggal dunia, petang tadi.

Beliau berkata mangsa berkenaan masih berada dalam rawatan, namun dia kini ditidurkan.

“Anak remaja ini masih lagi di ICU Hospital Segamat. Mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan ditidurkan.

“Dalam masa yang sama, saya pohon supaya tidak menyebarkan apa-apa maklumat yang belum dikenal pasti atau gambar mengenai kes atau mangsa tersebut kerana ia akan menyedihkan keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Terdahulu, kemalangan berkenaan telah mengorbankan bapa dan ibu mangsa iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.

Turut maut empat lagi adik-beradik mangsa, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast