Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang meluangkan masa berkunjung ke tapak pameran selepas melancarkan perasmian Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku 2023 di Datum Jelatek Shopping Centre, KL. Foto QURRATU AINI, 3 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutuan telah memperuntukkan RM1,018,400.00 bagi pelaksanaan program kemahiran, keusahawanan dan pembangunan komuniti.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, pihaknya melalui Kemas telah mengambil inisiatif melatih masvarakat terutama dalam bidang kemahiran.

Antaranya program Kursus Kemahiran Quick Win, Kursus Kemahiran Jangka Pendek, Sijil Kemahiran Malaysia dan beberapa kursus lagi dalam usaha yang muni untuk membantu masyarakat.

“Kita mahu penglibatan wanita dalam bidang kemahiran in akan dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Beliau berucap demikian di hadapan lebih 800 wanita dalam program dua hari iaitu Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) bertemakan ‘Wanita Desa ke Global’ bertempat di Datum Jelatek Shopping Center di sini.

Program yang merangkumi latihan keusahawanan seperti Pakej Teras Keusahawanan, Program Pemasaran Digital, 1 Kampung 1 Usahawan, Audit, Coaching and Mentoring seta Program Pembungkusan dan Pelabelan Usahawan KEMAS telah memberi manfaat kepada 253 orang usahawan.

Rubiah berharap program Kemas akan dimanfatkan sepenuhnya oleh golongan wanita bagi terus memartabatkan kaum hawa itu.

“Saya menyeru golongan wanita dan masyarakat untuk menyertai dan mengambil peluang mencorak kehidupan yang lebih baik sekali gus dapat meningkatkan peluang penjanaan pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran terutamanya bagi golongan B40,” tambahnya.

Katanya lagi, program Kemas ini juga adalah platform untuk memperkenalkan serta mempromosi produk usahawan bimbingan jabatan itu secara terbuka.

“Inisiatif program ini bersesuai dengan objektifnya iaitu mencipta peluang dan platform kepada akses pasaran produk luar bandar kepada pengedar, pembeli dan pengguna,”ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast