Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu masyarakat khususnya orang bukan Melayu faham mesej untuk murid Islam mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sebelum ini.

Jelas beliau, sesetengah pihak tidak seharusnya marah kerana ia hanya termaktub kepada murid beragama Islam dan tidak ada paksaan kepada bukan Islam mempelajarinya.

“Jangan paksa (bukan Islam) sebab saya minta anak-anak Islam belajar 40 hadis, jangan paksa bukan Islam.

“Mata pelajaran ini untuk anak-anak Islam dalam pengajaran Pendidikan Islam. Tanyalah dulu. Jangan marah dahulu. Saya harap mesej ini difahami,” katanya ketika berucap di program Lestari Niaga@Kuala Lumpur di Medan Selera Madani Kompleks Tun Sambantan hari ini.

Anwar sebelum ini berkata, segelintir bukan Islam di negara ini tidak perlu fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam malah ia akan dilaksanakan kepada murid muslim di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan.

Malah kata Anwar,  sebagai pemimpin adalah tanggungjawab beliau bagi memastikan pemahaman yang betul terhadap Islam.

“Ini penting untuk mereka berhujah dengan dakyah sertai parti itu masuk Islam dan tidak sertai masuk neraka. Kita kena didik orang Melayu bahawa ini adalah salah. Ini sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menggalakkan pelajar Islam untuk lebih memahami Islam “ katanya lagi.

Untuk rekod, Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lalu melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.

Kontroversi tercetus apabila Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois membantah hasrat tersebut dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta hak kebebasan beragama.

Bagaimanapun bantahan itu kemudiannya reda selepas KPM menjelaskan modul itu akan hanya diajar kepada murid-murid Islam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. teringat sabda RASULLULAH….golongan di akhir zaman…..SIANG BERIMAN…MALAM HILANG IMAN begitu juga mahfum ALQURAN…GOLONGAN MUNAFIK…..bila bertemu sekutu sendiri…aku beriman dan bila berpaling pada pihak lain AKU MENIPU mereka

Comments are closed.