SUBANG – Kerajaan tidak campur tangan dan menghormati proses perundangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam kes pecah amanah melibatkan Yayasan Akalbudi (YAB).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selain percaya kepada proses pengasingan kuasa antara Parlimen, eksekutif dan badan kehakiman, beliau yakin keputusan dibuat itu berdasarkan fakta yang kukuh.
“Jadi bagi saya biarlah proses perundangan itu berjalan dengan baik dan kita hormatilah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.
Mengulas lanjut Fadillah berkata semua pihak seharusnya menghormati keputusan mahkamah, selepas proses sepatutnya sebagaimana yang termaktub dalam sistem perundangan telah dilalui.
— BERNAMA
ia telah dijangkan awal sejak zahid munafik menjuburi anwar utk jawatan TPM. hajat zahid sejak TSMY jadi pm…supaya kesnya dilepaskan….tapi tsmy berprinsip .zahid dan anwar merancang yg tersurat dgn MENYALAK GAGAL GAGAL GAGAL dan TIADA KEABSHAN TSMY…..JADI RAKYAT pun TIDAK TERPERANJAT atau gembira dengan keputusan….peliknya AG tidak pula tergesa2 ingin buat RAYUAN SEMAKAN SEMULA…berbanding kes BEBAS TSMY yang diFITNAHH ANWAR MUNAFIK sekutunya TSMY menyakau RM600bilion….bila HILANG TELOR KEMALUAN ubah pada rm250juta
yakinlah GOLONGAN MUNAFIK dan PEMFITNAHH akan terima BALASAN ALLAH dunia akhirat
Sama macam kes banglo murah P Pinang.