KUALA LUMPUR – Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Datuk Munirah Abdul Hamid meninggal dunia awal pagi ini.
Allahyarham yang berusia 70 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi di kediamannya di Bangsar.
Berita pemergiannya dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AEON Consortium, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz menerusi Facebook rasmi projek sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen.
Melalui Pertiwi Soup Kitchen, Munirah aktif dikenali sebagai pekerja sosial sejak berusia 17 tahun terutama membantu golongan gelandangan. – MalaysiaGazette