Gambar hiasan. Foto MUHD NA’IM, 05 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Seramai 831 orang pengundi yang terdiri daripada anggota polis mengundi awal di Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai hari ini dengan peratus keluar mengundi adalah sebanyak 90%.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses mengundi bermula jam 8 pagi tadi.

SPR membuka dua pusat pengundian iaitu di Dewan Nusantara, Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua melibatkan seramai 881 pengundi, manakala 46 orang di Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas.

Pengundian awal berkenaan melibatkan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Pulai iaitu Perling dan Kempas.

PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandang kerusi tersebut dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal berlangsung di kerusi DUN Simpang Jeram.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini dan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast