Dominic Lau

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak pernah campur tangan dalam kes rasuah yang melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, PN mempunyai prinsip menjunjung tinggi sistem kehakiman negara berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas Anwar jadi Perdana Menteri, pihak pendakwaan yang mewakili kerajaan perpaduan memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Ahmad Zahid.

“Saya nak tanya pemimpin Pakatan Harapan, kenapa Zahid dilepaskan? Kenapa Jabatan Peguam Negara (AGC) menggugurkan pertuduhan? Rakyat mahukan jawapan daripada Anwar Ibrahim kerana AGC di bawah pentadbiran Perdana Menteri” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dominic berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas tanpa membebaskan (DNAA), Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan bagi kesemua pertuduhan.

Dalam pada itu, Dominic berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU15) lalu, PN mengumumkan bersedia untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) tetapi dengan syarat Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai penerusi.

Namun, jelasnyua, ia amat berbeza dengan Anwar yang menegaskan kerjasama beliau tanpa syarat lalu membentuk kerajaan perpaduan.

Dominic menggesa pemimpin kerajaan campuran untuk berhenti menipu rakyat, menutup kebenaran dan membela Anwar. Hormati kedaulatan undang-undang dan sistem demokrasi supaya badan kehakiman bebas serta melindungi hak rakyat.

“Hanya dengan cara ini Malaysia boleh mendepani krisis politik dan mencapai perpaduan dan pembangunan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Parti sampah macam Gerakan ni tak perlu lah nak sibuk sangat padal DszH. Lebih baik bising pasal bila Pengerusi PN nak masuk kr dalam. Kes dia lagi dahsyat.

  2. Masih ada dinosour yg dh pupus dan ditolak pengundi? Masuk gua dulu n bertapa utk buang saka ditolak rakyat. Pru 16 nanti baru keluar gua lah.. itu yg terbaik.

Comments are closed.