Anggota bomba memadam kebakaran dalam kejadian membabitkan dua kenderaan yang musnah terbakar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), di sini, hari ini. Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Dua kenderaan musnah terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui mengenai kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pukul 7.10 pagi tadi.

Katanya, seramai 14 anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dan BBP Sri Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati kebakaran membabitkan dua kenderaan berpunca akibat kemalangan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kenderaan yang terbabit dalam insiden itu adalah dari jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail dan Perodua Myvi yang terbakar 100 peratus.

Ujarnya, kebakaran berjaya dipadamkan anggota bertugas beberapa minit kemudian.

Tiada mangsa yang terkorban dilaporkan dalam kejadian ini, tambahnya.

Katanya lagi, operasi seterusnya diserahkan kepada pihak penyelenggara lebuh raya untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast