Mohd Khairuddin Aman Razali masjid terengganu kematian jamaah Islam Khairuddin Aman Razali MN Nurul Izzah adu domba penasihat kerajaan
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaaan negeri Terengganu melibatkan jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) dalam pemilihan jawatankuasa masjid dikhuatiri akan menyebabkan berlaku perpecahan.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa, langkah itu dilaksanakan supaya parti pemerintah dapat menguasai semua masjid di negeri berkenaan.

Menurut beliau, seperti yang diketahui umum, ahli JPKK lazimnya merupakan ahli jawatankuasa Pas cawangan.

“Politik kepartian akan mewarnai masjid. Perpaduan yang diharapkan akan bertukar menjadi perpecahan. Akan berlaku nanti ahli jawatankuasa masjid yang tak hadir ke masjid,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan mengumumkan JPKK akan dilibatkan secara langsung dalam proses pelantikan jawatankuasa masjid di seluruh kariah.

Beliau berkata, dengan mengambil kira bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berhubung perkara tersebut, maklumat berkaitan dengan pelantikan ahli jawatankuasa masjid dapat disampaikan dengan kerjasama JPKK.

Mohd Khairuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus meminta MAIDAM melihat perkara tersebut dengan lebih halus.

“Pemilihan ahli jawatankuasa masjid hendaklah dalam kalangan ahli kariah yang sentiasa memakmurkan masjid tersebut meskipun apa warna baju politiknya,” jelasnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. KHAIRUDIN SUDAH JADI LEMBU DICUCUK HIDUNG….semasa dalam PAS dialah jadi wira menentang kezaliman umnongok b end….SEKARANG PENJILAT LUDAH NANAH DARAH NAJIS umnonGOK…terus membisu atas geng perasuah penyakau munafik dan sanggup menjuburi DAPIGS utk membodek ZAHID ANWAR MUNAFIK

    meLAYU mudah lupa tapi kami tidak lupa

  2. tiba2. je Kris diraja ada ditangan orang politik .adakah istana sedar perkara itu? Kris ini digunakan untok menikam rakyat . harap2 majlis raja2 dapat ambil kembali keris itu dari mereka yang ada kepentingan diri . asingkan masjid Islam dan raja2 daripada rakyat yang gila kuasa itu . kalau dibiarkan nanti raja dan Islam hanya tinggal nama sahaja . orang lain yang akan tadbir Islam dan satu hari nanti raja akan di hukum melanggar Islam . dah baik dah Islam di letak bawah raja2 untok pengurusan yang lebih di muliakan daripada kalau dibawah parti politik

Comments are closed.