Gambar hiasan

RABAT – Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Maghribi pada 11.11 malam waktu tempatan (2211 GMT) Jumaat, menurut Kajian Geologi AS.

Pusat gempa dengan kedalaman 18.5 kilometer ditentukan pada 31.11 darjah utara dan 8.44 darjah barat, kira-kira 70 kilometer barat daya Marrakesh.

Selepas kejadian, penduduk Fes di sebuah bandar di utara Maghribi, meninggalkan rumah mereka dan berkumpul di jalan raya kerana bimbang berlakunya gegaran susulan, lapor Xinhua.

Gempa bumi dirasai di banyak bandar di seluruh Maghribi, termasuk Rabat dan Casablanca.

Banyak kediaman runtuh di bandar Taroudant dan Marrakesh, lapor media tempatan. – Bernama-Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast