Calon Pakatan Harapan (PH) P.161 Pulai, Suhaizan Kayat bercakap kepada media selepas pengumuman keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 09 SEPTEMBER 2023.

JOHOR BAHRU – Kemenangan calon-calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan sebagai penerimaan rakyat Johor terhadap kerjasama PH dan Barisan Basional (BN) dalam kerajaan Perpaduan.

Suhaizan Kayat yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai berkata, ia merupakan hubungan erat yang melibatkan peminpin PH dan BN bagi memperoleh kemenangan itu.

“Saya kira ia juga akan memberikan kesan kepada seluruh negara,” katanya ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.

Ditanya mengenai peratusan keluar mengundi yang rendah, Suhaizan berkata, ia dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan bukan disebabkan rakyat muak dengan politik masa kini.

“PRK ini sebahagian mereka tidak maklum perkara ini dan barang kali tidak berminat untuk turun.

“Kedua, faktor cuaca dari awal pagi hujan dan lembab serta memang biasa PRK peratusan keluar adalah rendah,” ujarnya.

Pada PRK Pulai, peratusan keluar mengundi hanya 47.33 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast