JOHOR BAHRU – Peratusan keluar mengundi dijangka tidak mencapai sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 70 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram
Peratusan keluar mengundi bagi Parlimen Pulai setakat jam 5 petang hanya 45 peratus manakala bagi DUN Simpang Jeram ialah 59 peratus.
Penganalisis Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid berkata, sasaran tersebut tidak dicapai mungkin disebabkan beberapa faktor seperti rakyat sudah letih dengan kecelaruan politik yang berlaku masa kini.
“Hari ini ramai yang bekerja yang tidak hadir kerana mereka lebih rela bekerja berbanding dari keluar mengundi
“Selain itu cuaca mendung dari tengahari, ada hujan hingga menyebabkan mereka melihat keadaan sama. Mereka tidak mahu keluar mengundi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut data SPR, sebanyak 166,653 orang bagi kawasan Parlimen Pulai dan 40,379 orang di DUN Simpang Jeram layak mengundi pada PRK di dua kawasan terbabit.
Mohd Azhar berkata, selain ter terdapat kemungkinan pilihan raya yang diadakan tidak membawa perubahan yang menyebabkan mereka tidak keluar mengundi.
Katanya, jika peratusan keluar mengudi mencecah 70 peratus pun ia masih belum berapa pada tahap memuaskan
“Dari segi amalan demokrasi saya kira 70 peratus masih belum tahap kepuasan sekurangnya 80 hingga 90 peratus bagaimana kita lihat rakyat menghormati demokrasi,” katanya. – MalaysiaGazette
















