JOHOR BAHRU – Proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berjalan lancar.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku pada pilihan raya tersebut.

“Walaupun ada dua insiden di Sungai Abong, Muar, tetapi ada dua kumpulan parti berdekatan bersorak tetapi polis telah berjaya pisahkan kumpulan tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Pusat Penjumlahan Undi PRK Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, seramai 4,000 anggota dan pegawai polis bertugas sepanjang tempoh PRK tersebut bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Sebanyak 140 laporan polis diterima atas pelbagai kesalahan pilihan raya sejak mula berkempen pada 26 Ogos lalu,” katanya.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 26 kertas siasatan sudah dibuka dan antara kesalahan paling banyak dilakukan ialah menurunkan poster, merosakkan papan iklan dan bendera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast