KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 10:43 malam tadi.
Pusat gempa bumi tersebut terletak 0.1° Utara dan 119.8° Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km) 110 km Utara dari Palu,Indonesia, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.
Setakat ini, katanya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette