Asap tebal dari pasar terbuka di Khartoum yang dibedil dengan dron. foto PTI India.

KHARTOUM- Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh selepas pasar yang sesak di ibu negara Sudan dibedil dengan dron, ketika tentera dan kumpulan separa tentera yang kuat berjuang untuk mengawal negara itu.

Medecins Sans Frontieres (MSF) menyifatkan ia sebagai “pembunuhan beramai-ramai”, lebih 60 orang turut cedera dalam serangan itu.

Penduduk tempatan berkata, sebuah pesawat tentera mengebom pasar Qouro di selatan Khartoum pada hari Ahad.

Puak tentera yang bersaing telah bertempur sejak April.

Pada hari Ahad, penyelaras kecemasan MSF Marie Burton berkata, Khartoum “telah berperang selama hampir enam bulan”.

“Tetapi, sukarelawan dan kakitangan perubatan di hospital Bashair terkejut dengan serangan skala besar di bandar itu” katanya di X.

MSF berkata, “senjata letupan” telah melanda pasar dan serangan udara serta tembakan berterusan.

“Kami cuba menyelamatkan nyawa orang yang kehilangan sebahagian anggota badan akibat letupan itu. Ia adalah satu pembunuhan beramai-ramai,” tambah MSF.

Sudan terjerumus ke dalam perang saudara pada April selepas berlaku pertikaian antara ketua tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan Komander Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera, Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo bertengkar.

Kira-kira lima juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, dan beribu-ribu telah terbunuh.

Khartoum dan wilayah barat Darfur paling teruk dilanda konflik itu.

RSF mengawal sebahagian besar Khartoum dan bandar bersebelahan Omdurman dan Bahri.

Tentera telah berulang kali melakukan serangan udara dalam usaha untuk menguasai semula bandar-bandar itu.

Serangan udara membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, termasuk dua kanak-kanak, kira-kira seminggu yang lalu, kata aktivis.

AS, Arab Saudi, dan negara-negara lain telah cuba menjadi pengantara untuk menamatkan konflik, tetapi tidak berjaya.

Beberapa gencatan senjata telah diumumkan untuk membolehkan orang ramai melarikan diri dari pertempuran tetapi ini telah dipatahkan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast