Ab Rauf (tengah) ketika berucap pada Sesi Townhall Bajet 2024 Negeri Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka hari ini.

MELAKA – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diingatkan supaya tidak terlalu rigid terharap syarikat yang ingin melabur perniagaan di negeri ini selagi mereka mematuhi peraturan  ditetapkan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, ia selaras dengan hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang tidak mahu pelabur ‘lari’ kerana karenah birokrasi itu.

“Tak boleh terlalu rigid  kepada pelabur dan ambil masa terlalu lama bagi melengkapkan urusan sekali gus menjadikan Melaka negeri yang mesra pelabur.

“Pada masa sama, kita juga tak mahu ini disalahertikan tapi saya yakin dan percaya semua PBT di Melaka faham apakah maksud hasrat Ketua Menteri,” katanya.

Rais Yasin

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Townhall Bajet 2024 Negeri Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini hari ini yang dipengerusikan Ab Rauf.

Terdahulu dalam sesi berkenaan, Ab Rauf menggariskan lapan fokus utama dalam Bajet 2024 Melaka yang akan dibentangkan November ini bagi melonjakkan tahap pencapaian ekonomi dan mewujudkan kesejahteraan sosial rakyat.

Ia termasuklah menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur setelah berjaya merekodkan pelaburan dalam dan luar negara berjumlah RM2.9 bilion bagi tempoh Januari sehingga Mac lalu. – MalaysiaGazette