KUALA LUMPUR – Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut apabila melupuskan sebanyak RM27.7 juta minggu lepas, aliran keluar yang lebih perlahan berbanding -RM113.5 juta minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, jualan bersih pada hari Isnin dan Selasa tidak dapat mengembalikan belian bersih selepas itu.

Menurutnya, melupuskan -RM107.4 juta ekuiti tempatan pada hari Isnin dan -RM58.3 juta pada hari Selasa sebelum belian bersih RM95.5 juta pada hari Rabu, RM11.8 juta pada hari Khamis dan RM30.8 juta pada hari Jumaat.

Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih ialah utiliti (RM211.6 juta), hartanah (RM40.4 juta) dan tenaga (RM32.9 juta).

Tambah firma penyelidikan itu, tiga sektor terbawah dengan aliran keluar asing bersih bagi minggu ini ialah produk & perkhidmatan kewangan (-RM226.0 juta), produk & perkhidmatan perindustrian (-RM33.5 juta) dan produk & perkhidmatan pengguna (-RM30.2 juta.

Setakat ini, pelabur asing telah melupuskan sejumlah RM2.70 bilion ekuiti di Bursa Malaysia.

Manakala pelabur insitusi tempatan masih mengekalkan kadar belian bersih mereka untuk minggu keempat berturut-turut dengan jumlah RM60.6 juta minggu lepas.

Jumlah belian bersih RM92.3 juta pada hari Isnin dan RM87.7 juta pada Selasa sudah memadai untuk menampung aliran keluar pada hari Rabu (-RM79.6 juta), Khamis (-RM11.1 juta) dan Jumaat (-RM28.8 juta).

Setakat ini, institusi tempatan telah membeli bersih RM3.29b ekuiti di Bursa Malaysia.

Sementara itu, pelabur runcit tempatan terus mencatat jualan bersih, kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut.

Jumlah jualan bersih meningkat kepada -RM33.0 juta minggu lepas.

Mereka hanya membeli bersih RM15.1 juta pada hari Isnin tetapi menjadi penjual bersih untuk sepanjang minggu.

Setakat ini, pelabur runcit mencatatkan jualan bersih sebanyak RM583.6 juta

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) secara keseluruhan dalam kalangan pelabur asing (-51.1%), pelabur institusi (-28.4%) dan pelabur runcit (-26.6%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast