Pelakon terkenal Hong Kong, Priscilla Wong telah menjadi duta produk tersebut.

KUALA LUMPUR – Jenama produk penjagaan kulit terkenal iaitu Eversoft terus mengukuhkan lagi kedudukannnya apabila memperkenalkan krim mandian pertama selepas lebih 30 tahun berada di pasaran negara ini.

Pengurus Besar Pemasaran Eversoft, Saki Goh berkata, masih kekal percaya dengan falsafah alam semula jadi, rangkaian produk terbaru itu dihasil dengan dicipta menggunakan 100 peratus bahan organik aktif.

Menurut beliau, krim mandian yangerdiri dalam empat siri wangian segar itu turut dibangunkan dengan teknologi Jepun bagi memenuhi keperluan keperluan unik kulit Asia.

“Iklim di Malaysia panas dan lembap, dan produk mandian Eversoft yang bukan sahaja membersihkan namun memberikan kesegaran dan kelembutan pada kulit.

“Dan selama bertahun-tahun, kami menerima permintaan yang cukup banyak daripada pengguna agar mengeluarkan krim mandian dengan sentuhan avocado,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran produk krim mandian itu baru-baru ini.

Eversoft memperkenalkan krim mandian pertama selepas lebih 30 tahun berada di pasaran negara ini.

Sejak tahun 1985, Eversoft telah berjaya membina reputasi di Malaysia dengan menyediakan produk penjagaan kulit terbaik dan jenama itu terkenal dengan pencuci muka berasaskan avocado.

Sementara itu, sempena kemunculan krim mandian pertama itu, pelakon terkenal Hong Kong, Priscilla Wong telah menjadi duta produk tersebut.

Dia yang terharu dengan pelantikannya itu yakin dengan komitmen jenama itu lebih 30 tahun dalam menyediakan produk berkualiti menerusi penggunaan bahan semulajadi.

“Saya sentiasa percaya akan kerkesanan bahan semula jadi dalam rutin penjagaan kulit dan badan. Apa yang digunakan haruslah selamat pada kulit kita dan saya sendiri merupakan pengguna Eversoft dan hasilnya kulit menjadi lebih cerah dan berseri,” katanya.

Pada majlis pelancaran sama, Eversoft turut memperkenalkan rangkaian pencuci muka mampu milik yang diperkaya dengan asid hyaluronic di kenali Eversoft Hydra Facial baharu

Produk pembersih itu direka untuk individu yang mempunyai kulit kering dan menawarkan pengalaman pembersihan yang tidak melekit dan menyegarkan serta rasa lembut dan selesa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast