Dr Mohd Aleef Yusof

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil peluang dalam sidang Parlimen untuk menjelaskan keputusan lepas tanpa bebas (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada rakyat.

Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr Mohd Aleef Yusof berkata, pembangkang tidak mahu kes itu dibicarakan di Dewan Rakyat sebaliknya mahu proses keadilan disambung di mahkamah.

“Sudah tiba masanya Perdana Menteri mengambil peluang di dalam sesi khas ini untuk menerangkan kepada rakyat akan semua persoalan yang timbul.

“Pembangkang tidak mahu perbicaraan mahkamah diadakan di Dewan Rakyat, tapi kita mahu pihak kerajaan menjelaskan akan kesemua persoalan yang timbul ini!

“Dewan Rakyat bukan mahkamah. Perbicaraan bukan diteruskan di mahkamah, tapi penjelasan mesti dilakukan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi mendapatkan penjelasan Peguam Negara berhubung keputusan (DNAA) Ahmad Zahid.

Selain itu, Mohd Aleef yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang kesal kerana Speaker Dewan Rakyat membuat pusing U.

“Tindakan Speaker Dewan Rakyat yang jelas berbohong apabila tidak membenarkan usul dibentang sedangkan beliau menyatakan akan memberikan ruang dan ini amat dikesalkan.

“Ini jelas menunjukkan keadaan Dewan Rakyat pada era Kerajaan Madani ini gagal berfungsi sebagai medan suara rakyat.

“Isu DNAA ini amat penting, bukan pihak pembangkang mahu tahu bahkan parti lain di dalam kerajaan juga ingin tahu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kenapa sibuk pasal DSZH. Kamu perlu cakap pssal lepas dan bebsd TSMY. Dia bapak segala penyamun. Kalau betul nak perjuang pasal . rasuah. Bila Syed Saddiq mereka nak humban masuk dalam?

  2. Wahhh..hari tu masa nak bahas laporan audit..ko dgn PAS terus ghaib tak kecoh plak…baik ko bahaskan kenapa menantu Munyidin Sakau hilang tanpa dikesan selepas merompak harta rakyat

Comments are closed.