Allaudeen Abdul Majid

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas menerima satu laporan polis berhubung klip video seorang individu yang menyeru orang ramai berhimpun di Kompleks Sogo Sabtu ini.

Allaudeen berkata, setakat ini sebanyak lima laporan polis telah diterima berkenaan paparan klip video tersebut.

Menurutnya, polis telah mengambil keterangan dua orang individu bagi membantu siasatan manakala empat orang lagi individu akan diambil keterangan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Natizen sarankan pihak kerajaan/polis untuk keluarkan permit untuk perhimpunan aman ini.

    Segalanya akan berjalan dengan baik dan teratur. Bagi pihak yang ingin berhimpun pula, jaga kebersihan, jangan ada provokasi, jaga keselamatan, insyaAllah akan berjalan dengan baik.

    Amalan demokrasi membenarkan perhimpunan awam. Peace!

Comments are closed.