Wisma Putra
Bangunan Wisma Putra di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia telah ditahan di Norway kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Oslo, Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes ini.

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan
menghulurkan bantuan konsular sewajarnya sekiranya diperlukan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan seorang warga Malaysia berusia 25 tahun ditahan perkhidmatan perisikan Norway kerana dipercayai melakukan pengintipan, termasuk wiretapping (mencuri dengar), di negara tersebut.

Namun individu tersebut menafikannya, lapor Norwegian Broadcasting Corporation (NRK)

Polis telah merampas pelbagai peralatan elektronik dan data daripada suspek yang akan digunakan dalam siasatan. – MalaysiaGazett

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast