Pengawal keselamatan (tengah) diiringi polis ke Mahkamah Sesyen Kuantan selepas mengaku salah atas pertuduhan merogol anak kandungnya .

KUANTAN- Seorang bapa dijatuhi hukuman 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Kuantan hari ini selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun.

Hakim Azman Mustapha memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa pada hari tertuduh ditangkap pada 8 Ogos lalu.

Ketika didakwa di mahkamah 1 September lalu, tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Tertuduh, 39, berbaju t-shirt mengangguk dan akur hukuman kesalahan sumbang mahram itu, di mana didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas anak perempuannya itu di ruang tamu sebuah rumah di sini kira-kira jam 4.30 petang, 25 April lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam faham sebab dan akibat pengakuan bersalahnya itu.

Sebelum itu, Fathin Nadhirah tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh merupakan bapa kandung kepada mangsa.

Dalam prosiding penghakimannya, Hakim Azman menegaskan hukuman yang setimpal wajar dijatuhkan kerana sepatutnya tertuduh melindungi anak gadisnya.

Tetapi kejadian ngeri yang berlaku itu memberi kesan trauma kepada mangsa sehingga mengelak untuk pulang ke rumah dari asrama ketika musim cuti sekolah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast