Belon China yang disyaki menjadi pengintip di tembak jatuh oleh tentera Amerika Syarikat pada Februari lalu.

WASHINGTON – China didakwa telah menghentikan operasi belon pengintipnya selepas belon yang melintasi sebahagian besar negara ini pada awal 2023 ditembak jatuh di luar pantai Carolina, Selatan, mencetuskan krisis diplomatik antara kedua-dua negara.

Sumber Kerajaan AS berkata, pihaknya tidak tahu berapa lama aktiviti pengintipan itu akan tertangguh

Namun, katanya, memandangkan pelaburan Kerajaan China telah dibuat dalam program belon, Beijing mungkin akan memulakannya semula.

AS percaya, belon pengintip yang melintasi negaranya adalah sebahagian daripada program Beijing untuk mengumpul maklumat mengenai pangkalan tentera dan operasi di Pasifik.

Tetapi sejak ia jatuh pada Februari, lalu, AS telah mengesan tiada pelancaran belon tambahan.

Walau bagaimanapun, AS menyedari China telah meneruskan operasi pengintipan lain, termasuk dakwaan pengambilan dua kelasi Tentera Laut AS dan penggodaman e-mel pegawai kanan AS.

Agensi perisikan AS telah menjejaki belon itu ketika ia dilancarkan dari Pulau Hainan, menuju ke Guam dan Hawaii, lokasi kepada pangkalan penting AS di Pasifik.

Tetapi angin menerbangkannya, dan ia melintasi Alaska sebelum membawanya ke Kanada dan kemudian memasuki semula AS berhampiran Montana.

Ketika belon itu perlahan-lahan melintasi kawasan tengah dan timur AS, ia menjadi subjek tarikan orang ramai.

Presiden Joe Biden mengarahkan ia ditembak jatuh sebaik tiba di perairan pantai cetek di Carolina Selatan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast