pengundi bukan Melayu Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – “Malaysian Malaysia lah, bukan semua sama rata di sisi undang-undang?,” soal veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Persoalan itu ditujukan kepada Tan Sri Lim Kit Siang yang membuat kenyataan bahawa beliau sendiri terkedu dan terkejut apabila mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan yang dihadapinya, baru-baru ini.

Shahrir berkata, Kit Siang berdiam diri apabila Lim Guan Eng dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo pada tahun 2018.

Guan Eng dilepas dan dibebaskan selepas permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Namun, kata veteran UMNO itu, disebabkan kes DNAA itu melibatkan Zahid maka Kit Siang memilih untuk tidak berdiam diri.

“Malaysian Malaysia lah, bukan semua sama rata di sisi undang-undang? Dan sama sebelum AG juga?

“Semua AG tidak sama? Tommy Thomas lebih setaraf dengan Idrus Harun?,” soal Shahrir lagi.

Pada 4 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, dalam keputusannya berkata pendakwaan melalui Peguam Negara menjalankan kuasanya mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan memohon DNAA.

Menurut hakim itu, siasatan yang masih berjalan dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja menjadi asas keputusan mahkamah untuk menolak permohonan Zahid supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Tambah Sequerrah, beberapa alasan diberikan pendakwaan termasuk terdapat keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan alasan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kandungan buku ‘My Story: Justice in The Wilderness’ oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Shahrir Abdul Samad ni dah terbabas.. tak faham bahasa atau tidak baca PENUH article Lim Kit Siang.
    Fokus pada isu dan jawab soalan “tersedia” bukan main tunjuk-tunjuk kata itu boleh ini tak boleh. Shahrir ni otak jumud… macam budak-budak tadika je kefahamannya tidak tahu jalan cerita.

Comments are closed.