Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berjalan menuju ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi membuat laporan polis pada Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional ketika di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Satu lagi demonstrasi sama seperti Himpunan Aman Selamatkan Malaysia akan menyusul sekiranya kerajaan gagal mengambil tindakan membuka semula kes Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, himpunan seterusnya kemungkinan akan diadakan di Parlimen Bagan Datuk iaitu kawasan yang diwakili Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita akan meneruskan ( lawan untuk keadilan).

“Berdasarkan apa yang berlaku hari ini,ramai lagi bersetuju untuk mengadakan himpunan seumpama di Permatang Pauh dan juga di Bagan Datuk.

“Kita percaya mereka yang mengundi untuk ahli politik ini (Ahmad Zahid) untuk menjadi wakil rakyat mereka juga kecewa dengan apa yang berlaku (dilepas tanpa bebas dari kes),”katanya bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya itu dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia hari ini.

Untuk rekod, Permatang Pauh merupakan kawasan kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Himpunan hari ini bermula 11 pagi tadi, daripada Masjid Jamek Kampung Baru hingga ke pasar raya di Jalan Dang Wangi sebagai membantah keputusan Peguam Negara yang menarik balik pendakwaan 47 kes rasuah menyebabkan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi 4 September lalu.

Tambah Tun Faisal, himpunan susulan yang dicadangkan di Permatang Pauh bukan ugutan kepada kerajaan Anwar tetapi bersifat peringatan bahawa rakyat kecewa dengan pentadbirannya.

“Rakyat sudah mula meluahkan rasa kecewa terhadap pentadbiran Anwar Ibrahim.

“Mereka sudah menyatakan kekecewaan mereka dalam bentuk undi di Pilihan Raya Negeri 14 Ogos lalu dan juga di PRK di Johor baru-baru ini.

“Keputusan itu menunjukkan bahawa mereka sememangnya sangat kecewa dengan kerajaan semasa.

“Apatah Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga meninggalkan kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang dan semua ini adalah satu isyarat serius untuk kerajaan Anwar,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Jom kita buka semula semua kes lepas dan bebas.

    1. Muhyidin Yassin.
    2. Shahidan Kassim
    3. Lim Guan Eng
    4 P Ramasamy
    5. Dan ramai lagi.
    6. Rafizi Ramli
    Kalau betul nak lawan rasuah. Jangan lupa bebaskan DSNR kalau berani

Comments are closed.