Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

KUALA LUMPUR – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang mendapatkan maklumat mengenai dakwaan pencemaran Sungai Pukin, Rompin berpunca daripada perlepasan efluen kilang buat kelapa sawit tidak terawat.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, siasatan dibuat selepas mendapat daripada Pengurusan Air Pahang (PAIP) pada 18 Ogos lalu berhubung warna air di Sungai Pukin yang berwarna keruh.

Namun, katanya, hasil siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati tiada bukti kukuh yang menunjukkan pelepasan efluen daripada kilang buah kelapa sawit yang menyebabkan pencemaran air berkenaan.

Walau bagaimanapun, MPOB memandang berat terhadap pemeliharaan alam sekitar dan menggesa kilang buah kelapa sawit supaya pada setiap masa mematuhi perundangan MPOB termasuk perundangan Jabatan Alam Sekitar mengenai sistem pengolahan efluen.

“MPOB akan mengambil tindakan mengikut perundangan akan diambil sekiranya terbukti kilang berkenaan menjadi punca pencemaran tersebut,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, MPOB sentiasa berkerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar bagi membendung pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran sungai oleh aktiviti pengilangan buah kelapa sawit. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast