Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Orang ramai dipelawa untuk memohon sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi tahun 2023.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.

“Seperti yang telah diumumkan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, usaha untuk memelihara kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Justeru, buat pertama kalinya pelantikan pengawas peperiksaan awam bermula dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 telah dibuka kepada orang awam,” kata kementerian itu menerusi hantaran di Facebook.

Menurut KPM lagi, permohonan boleh dihantar kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.

Sebarang pertanyaan lanjut katanya, boleh menghubungi JPN masing-masing atau emel kepada Lembaga Peperiksaan di [email protected]. – MalayasiaGazette