Saarani Mohamad

IPOH – Kerajaan negeri berjaya meningkatkan nilai pelaburan kepada RM40 bilion berbanding RM32 bilion sebelum ini melalui pembangunan dan pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.

Pemindahan tersebut katanya turut membawa bersama vendor-vendor Proton sedia ada dan yang baharu ke AHTV.

Mengulas mengenai KAMU, kerajaan negeri menyasarkan nilai jualan sebanyak RM3.2 juta melibatkan sektor hartanah, makanan dan lain-lain sepanjang tiga hari penganjurannya bermula semalam hingga esok.

Katanya, seramai 300,000 pengunjung dijangka memeriahkan karnival tersebut yang menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan sukan elektronik (e-sukan), konsert, pameran, peluang kerjaya dan sebagainya.

“Penganjuran karnival ini lebih meriah berbanding tahun lalu melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. Saya percaya dengan penganjuran KAMU ini ia memberi limpahan manfaat dan kebaikan kepada orang ramai khususnya golongan belia,” katanya. – Bernama

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast