Foto: Twitter

RIO DE JANEIRO – Sebuah pesawat yang membawa pelancong terhempas di Bercelos, Brazil menyebabkan 14 orang terbunuh.

Mereka yang terkorban ialah 12 penunpang dan dua anak kapal, menurut Gabenor Wilson Lima menerusian ciapan di Twitter.

“Saya berdukacita atas kematian 12 penumpang dan dua kru, mangsa nahas pesawat yang berlaku Sabtu ini di Barcelos.
“Pasukan kami sedang berusaha untuk menyediakan sokongan yang diperlukan,” katanya.
Pesawat tersebut dalam penerbangan dari ibu negeri, Manaus ke Barcelos, yang mengambil masa selama 90 minit.
Nahas tersebut berlaku kira-kira pada jam 3 petang ketika ia cuba mendarat.
Laporan media Brazil berkata, tiada penumpang yang selamat dalam kejadian itu.
Nahas berlaku mungkin disebabkan cuaca buruk, kata laporan itu sambil menambah, ketika kejadian hujan lebat.
Para penyiasat Perkhidmatan Serantau Ketujuh untuk Siasatan dan Pencegahan Kemalangan Udara diminta melaporkan dari lokasi nahas. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast