KUALA LUMPUR – Pendakwah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa mengumumkan beliau digugurkan daripada program Muslimah Bersolawat dan Mencintai Rasulullah SAW yang akan berlangsung di Putrajaya pada 24 September ini.

Beliau mendakwa pengguguran itu atas arahan pihak atasan.

Justeru, beliau berharap ketiadaannya nanti pada program itu tidak menjadi persoalan kepada pengunjung yang sudah membeli tiket.

“Makluman. Ustazah digugurkan atas arahan pihak atasan dari menyampaikan kuliah di program mengajak Muslimah Bersolawat dan Mencintai Rasulullah SAW ini .

“Jadi , harap tidak timbul nanti, kenapa dah bayar tiket , tengok2 @ustazahnorhafizahmusa takde. Bagi ustazah , ada yg lebih atas dari segala yg atas. Dah banyak kali berlaku, ustazah diamkan saja sebab sangat yakin: panahan doa lebih tajam dan tak pernah salah alamat.

“Di tengah2 macam-macam masalah sosial yg berlaku pada ummah, berlapang dadalah, ustazah mengajar dan mendidik hal akhlak, rumahtangga, pendidikan anak2, psikologi dan kemanusiaan , penyucian jiwa , membantu negara untuk mendidik ummah.. TIDAK pun berpolitik kepartian.

“Berlaku rahmah lah! Allah Maha Mengetahui tangan-tangan ghaib ini, dari HATI siapa arahan ini datang. Dan Allah akan kembalikan semula kepada empunya HATI.

“Allah al-Musta’an. insya Allah ustazah livekan di IG LIVE ustazah : Berselawat bersama @ustazahnorhafizahmusa pd 24 September 2023. insya Allah. Allah al-Hayyu al-Qayyum,” tulis di Facebook miliknya sebentar tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Maulid adalah ibadah rekaan pertama kali dimulakan oleh Dinasti Fatimiyyah Syiah di Mesir di abad 4H tiru Krismas. Definisi bid’ah di Muslim 867 & Nasa’i 1578

Comments are closed.