Pihak bomba sedang memadamkan api di lokasi kejadian.

SUNGAI PETANI – Sekurang-kurangnya tiga individu maut dalam kebakaran rumah kedai di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, setakat jam 8.20 pagi pihak bomba hanya menemui dua mangsa manakala operasi pencarian satu lagi mangsa sedang dilakukan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.12 pagi berhubung kejadian sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Kata beliau, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Kota Kuala Muda bergegas ke lokasi dengan bantuan bomba sukarela.

Dua mangsa ditemui dalam keadaan rentung setakat ini.

“Sebaik tiba kita dapati kebakaran membabitkan lapan buah rumah kedai dua tingkat.

“Berdasarkan maklumat tiga mangsa terperangkap dalam kebakaran, namun setakat ini hanya dua mangsa ditemui manakala operasi pencarian seorang lagi mangsa sedang dilakukan.

“Mayat pertama ditemui jam 3.19 pagi, manakala mayat kedua pada jam 6 pagi,” katanya hari ini.

Tambah beliau, operasi pencarian satu lagi mangsa dan pemadaman masih dilakukan di lokasi kebakaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast