CANBERRA – Tiga orang telah dimasukkan ke hospital akibat cedera ditikam di Australia Nastional University (ANU), lapor media kerajaan.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan, anggota polis dan ambulans telah dipanggil ke kampus ANU di Canberra pada kira-kira 2:45 petang. waktu tempatan pada hari Isnin selepas menerima laporan mengenai kejadian itu,

Jurucakap Australian Capital Territory (ACT) Policing memberitahu, kesemua yang cedera  telah dibawa ke hospital.

Seorang dikatakan mengalami cedera parah, sedang bertarung nyawa.

Manakala seorang lagi ditahan susulan kejadian itu.

Berikutan kejadian itu, ANU melalui media sosial meminta orang ramai tidak berada berhampiran kampus yang terletak di pinggir bandar di Acton.

“Terdapat insiden di kampus dan polis sedang mengawal di lokasi,” katanya.

Setakat ini belum dapat disahkan sama ada kejadian itu membabitkan pelajar atau kakitangannya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast