Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jepun dan Malaysia telah memperbaharui Pengaturan Swap Dua Hala1
(BSA) yang berkuat kuasa semalam, 18 September 2023.

Bank of Japan (BOJ), yang mewakili Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia (BNM) memperbaharui BSA dengan jumlah pengaturan swap sehingga AS$3 bilion.

BNM dalam kenyataannya berkata, Perjanjian Pindaan dan Pemindaan yang ditandatangani merupakan susulan BSA yang dimeterai pada tahun 2020.

BSA yang diperbaharui ini menggabungkan pindaan-pindaan terkini kepada Perjanjian Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM).

Jepun dan Malaysia bersetuju bahawa BSA ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara dan mempertingkatkan kestabilan kewangan serantau. – MalaysiaGazette