KUALA LUMPUR – Universiti Tsinghua dari Beijing, China bersetuju memperkukuh kerjasama dengan Malaysia membabitkan pertukaran pelajar, ahli akademik dan pengkaji selain meluluk peluang mengadakan kajian secara bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu antara inti pati pertemuan Anwar dengan Presiden Universiti Tsinghua iaitu Wang Xiqin yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini.
“Universiti Tsinghua juga sedang merancang untuk mengadakan program bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun hadapan.
Anwar berkata ketika ini, terdapat sejumlah 350 penuntut Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti Tsinghua iaitu yang tertinggi dalam kalangan pelajar asing di universiti tersebut.
— BERNAMA