Sesi fotografi bersama penyanyi rap yang juga Duta Thor X, Caprice bersama isterinya Farra Inalis selepas Majlis Pelancaran Thor X di JW Marriot Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice bakal bergelar bapa apabila mengumumkan isterinya Farra Inalis, 28, disahkan hamil lima bulan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, terpaksa menangguhkan impian itu sebelum ini untuk menimang cahaya mata gara-gara berdepan dengan tekanan.

“Alhamdulillah, ini adalah pengumuman kali pertama yang bakal dibuat hari ini yang mana isteri saya disahkan hamil lima bulan.

“Selepas kahwin ramai tanya kenapa saya tidak cuba untuk mendapatkan zuriat. Bukan saya tidak cuba tetapi selepas berkahwin macam-macam perkara yang berlaku dari segi tekanan bisnes dan media sosial.

“Jadi, saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi alhamdulillah, saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Thor-X di JW Marriot di sini hari ini.

Untuk rekod, Caprice berkahwin denga Farra yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea pada 15 November 2021. – MalaysiaGazette

Sesi fotografi bersama penyanyi rap yang juga Duta Thor X, Caprice bersama isterinya Farra Inalis selepas Majlis Pelancaran Thor X di JW Marriot Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2023.