Foto Facebook Ustaz Wadi Annuar.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar tampil menegur usahawan wanita yang juga pempengaruh media sosial memaki hamun suami gara-gara merosakkan keretanya.

Menerusi satu video yang dimuat naik dalam media sosial, Wadi dilihat mengucap panjang apabila mengetahui perkara itu.

“Dia maki hamun suaminya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

“Puluhan ribu orang tahu dia makin hamun sebab dia rakam waktu dia maki hamun suaminya itu,” katanya katanya dalam video terbabit.

Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub menegaskan, wanita berstatus isteri tidak cium bau syurga sekiranya berbuat demikian terhadap suaminya.

“Reda seorang isteri itu di tangan seorang suami. Sepertimana reda seorang anak di tangan seorang ibu. Kalau tak sempat taubat dan diampunkan Allah SWT maka nerakalah tempat seseorang itu. Wal iyadzubillаh dengan dosa tersebut,” katanya.

Terdahulu, ushawan wanita tersebut mencetuskan sensasi dalam media sosial apabila memarahi dan memaki hamun suaminya.

Wanita itu meluahkan rasa bengang terhadap suaminya iaitu kerana enggan memohon maaf selepas menyebabkan kereta Toyota Alphard miliknya remuk teruk akibat terlanggar tembok rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast