Mangsa berusia 33 tahun mengalami cedera ringan di kepala akibat dihempap pokok. Foto Ihsan JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau.

Seorang lelaki cedera dihempap sebatang pokok ketika menunggang motosikaldi Pusat Bandar 1, Seksyen 9, Bangi dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 2.59 petang.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati, sebatang pokok telah menghempap sebuah motosikal mangsa jenis Yamaha LC13.

“Akibat kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun mengalami cedera ringan dibahagian kepala dan menunggu pihak Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Sebatang pokok telah menghempap sebuah motosikal mangsa jenis Yamaha LC13.- Foto Ihsan JBPM Selangor

Tambah Ahmad Mukhlis, pihaknya kemudian segera melakukan kerja-kerja membersihkan pokok di lokasi terbabit.

Terdahulu seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast