Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menyerahkan sumbangan bantuan kepada penerima sambil disaksikan Penaung Yayasan Seri Negara, Tan Sri Dr Mazlan Lazim ketika Majlis Sumbangan Amal Yayasan Seri Negara di Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Yayasan Seri Negara (YSN) dan Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) hari ini mengagihkan sumbangan berupa bakul makanan dan peralatan kesihatan kepada anggota dan pesara polis di ibu negara.

Penaung YSN, Tan Sri Mazlan Lazim berkata, sebanyak 1,050 bakul makanan akan diagihkan kepada balai di bawah kontinjen polis Kuala Lumpur.

Ia membabitkan 10 buah jabatan dan enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang meliputi  IPD Dang Wangi, Wangsa Maju, Putrajaya, Brickfields, Sentul dan Cheras.

“Sumbangan peralatan kesihatan merangkumi 21 buah katil pesakit, 12 buah kerusi roda dan 30 tongkat akan diserahkan kepada penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan asnaf, orang kelainan upaya, balu anggota polis, anak kelainan upaya, anak-anak yatim, pesakit kronik dan pesara polis yang menghidap penyakit kronik, pesara polis dari golongan asnaf dan pesakit terlantar.

“Keseluruhan jumlah sumbangan berupa makanan dan peralatan kesihatan yang diserahkan pada hari ini adalah bernilai RM150,000,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis Sumbangan Amal YSN dan MAIWP bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menerima replika sumbangan daripada Penaung Yayasan Seri Negara, Tan Sri Dr Mazlan Lazim (kanan) ketika Majlis Sumbangan Amal Yayasan Seri Negara di Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2023.

Hadir pada majlis Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Sementara itu, Mazlan berkata, YSN telah melaksanakan 30 program sejak tahun lalu yang memberi manfaat kepada 2,995 penerima membabitkan sumbangan berjumlah RM495,00.

“Daripada keseluruhan program, sebanyak 24 buah program melibatkan PDRM dengan jumlah sumbangan sebanyak RM376,000 telah disalurkan kepada PDRM di seluruh Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menyerahkan sumbangan bantuan kepada penerima sambil disaksikan Penaung Yayasan Seri Negara, Tan Sri Dr Mazlan Lazim ketika Majlis Sumbangan Amal Yayasan Seri Negara di Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2023.

“Besar harapan saya agar Program seperti ini dapat memberi inspirasi kepada pihak lain, sama ada individu atau korporat untuk terus menggiatkan lagi usaha membantu golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast