KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad nekad untuk melihat gabungan negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis yang ditadbir Pas (SG4-State Goverment 4) membangun setanding dengan negeri-negeri yang lebih maju di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, SG4 seperti Kedah mempunyai potensi amat tinggi kerana ia kaya dengan hasil buminya.
“Mereka cuma memerlukan tatakelola dinamis bagi mencapai matlamat tersebut.” katanya dalam kenyataan.
Semalam, bekas Perdana Menteri itu memberi taklimat mengenai perancangan pembangunan ekonomi kepada pemimpin kerajaan negeri Kedah di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon, di Alor Setar.
Dalam pertemuan selama dua jam, Penasihat Ekonomi SG4 itu mengingatkan kepimpinan Kedah dan SG4untuk melaksanakan transformasi kepimpinan khususnya memerangi rasuah yang menjadi sebahagian agendanya bagi memperkasakan ekonomi.
Menyentuh tentang pertemuan itu, Khairuddin berkata, ia berjalan dalam suasana yang kondusif dan mendapat reaksi positif daripada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan ahli-ahli Exco Kerajaan Kedah yang hadir. – MalaysiaGazette
Arab Saudi baru sahaja memperkenalkan dress code bagi semua jemaah luar yang bakal mengerjakan umrah.
Natizen berharap SG4 juga memperkenalkan dress code bagi sesiapa yang ingin mengunjungai negeri2 yang berkat tersebut. Tak boleh lagi hanya memakai baju dan seluar dalam sahaja bagi wanita.
Jepun juga punyai dress code sopan bagi yang ingin mengunjungi premis2 kerajaan. Peace!
Dulang field di Trengganu telah memerah hasil minyak dari dasar lautan tanpa henti siang dan malam sejak 30-40 tahun dahulu tanpa henti. Sehingga kini masih berbakti.
Kelantan kaya dengan gas dan condensate yang mana reservoirsnya yang luas berlapis2 dan bertingkat2 bagaikan sungai yang mengalir didasar lautannya.
Kedah pula kaya dengan REE dan jelapang padinya manakala Perlis pula kaya dengan alam semulajadi yang masih belum diterokai.
Bersama pasukan yang mantap dan berpengalaman, ramai yang yakin negeri2 yang berkat ini berpotensi untuk maju.
Natizen juga cadangkan ibu kota baharu negara ditukarkan kesalah sebuah negeri ini.
Peace!