KBS
Kementerian Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Sukan Negara 2023 akan diadakan di negara yang dikuasai pembangkang, seperti yang diputuskan Jemaah Menteri sebelum ini.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), penganjuran acara tersebut akan diselaraskan dan dipengerusikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri

“Ini bertujuan bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan melibatkan program dan aktiviti kerajaan Persekutuan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Menteri Besar dan Exco Belia dan Sukan Negeri akan dijemput bagi memeriahkan penganjuran program tersebut di negeri masing-masing.

Katanya, Hari Sukan Negara merupakan agenda nasional bagi membudaya dan merakyatkan sukan tanpa mengira fahaman politik selaras dengan aspirasi Malaysia Madani bertemakan Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. – MalaysiaGazette