SA Vigneswaran selepas mempengerusikan mesyuarat CWC hari ini.

KUALA LUMPUR – MIC akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) bagi memberi tumpuan hala tuju masyarakat India.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang mengesahkan perkara itu berkata, banyak isu berkaitan masyarakat India akan dapat diperhalusi dan mencari penyelesaian pada masa akan datang.

“Satu sidang media akan diadakan bagi menjelaskan hala tuju kerajasama ini,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Difahamkan sidang media akan diadakan di Pusat Dagangan Putra (PWTC) jam 7 malam ini.

Sementara itu, Vigneswaran memberitahu, MIC merancang menganjurkan perhimpunan aman membantah kenyataan seorang menteri Tamil Nadu, India yang menyentuh sensitiviti agama Hindu pada Jumaat ini.

Katanya, MIC akan menyerahkan memorandum kepada kedutaan India dan Kementerian Komunikasi dan Digital untuk memastikan filem lakonan menteri itu yang juga seorang pelakon diharamkan di Malaysia. – MalaysiaGazette